Seafood Paprik

Bahan-bahan:
  • Udang, sotong, dan lain-lain makanan laut
  • Jejari ketam
  • 3 biji bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 5 helai daun limau purut
  • Jagung muda
  • Lobak merah
  • Cendawan straw
  • 20g cili boh
  • 20g Life Sos Cili
  • 15g Life Sos Berperisa Tiram
  • 15g Life Kicap Manis
  • 100ml air
  • Minyak untuk menumis
Cara-cara:
  • Tumiskan bawang merah serta bawang putih sehingga naik bau.
  • Masukkan cili boh dan tunggu sehingga pecah minyak.
  • Kemudian masukkan Life Sos Berperisa Tiram, Life Sos Cili, Life Kicap manis dan air. Gaul sebati.
  • Masukkan lobak merah dan jagung muda. Tunggu sehingga lembut.
  • Masukkan udang, sotong dan lain-lain makanan laut yang digemari.
  • Akhir sekali, masukkan cendawan dan jejari ketam. Tunggu sehingga masak dan siap dihidang.