Rojak Buah

Bahan-bahan:
  • 250ml Life Kicap Manis
  • 100g Life Sos Cili
  • 200g gula merah
  • 17g belacan
  • 3-4 batang cili api
  • Kacang tanah (disangai dan ditumbuk)
Cara-cara:
  • Bakar belacan sehingga garing dan hancurkan sehingga halus.
  • Masukkan semua bahan ke dalam periuk dan masak dengan api perlahan.
  • Kacau sehingga likat.
  • Hidangkan bersama sengkuang, jambu air, nanas, mangga dan buah-buahan kegemaran dan taburkan sedikit kacang yang telah ditumbuk.