Nasi Goreng Tom Yam

Bahan-bahan:
  • 2 mangkuk nasi
  • 6 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • Sekuntum bunga kantan
  • 40g (2¾ tbsp.) Life Tom Yam Paste
  • 10g (1 tbsp.) Life Kicap Manis
  • 100g Isi ayam
  • 30g sayur campur
  • Garam secukup rasa
  • 20g (1½ tbsp.) minyak masak
Cara-cara:
  • Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga garing, kemudian masukkan bunga kantan.
  • Masukkan Life Tom Yam Paste dan Life Kicap Manis. Gaul hingga sebati.
  • Masukkan isi ayam yang telah dipotong kecil. Biarkan sehingga ayam masak.
  • Taburkan garam secukup rasa. Kemudian masukkan nasi dan gaul rata.
  • Akhir sekali, masukkan sayur campur dan gaul mesra.
  • Hidangkan bersama daun bawang dan hirisan lada merah.