Daging Masak Hitam

Bahan-bahan:
  • 200g daging
  • 50g cili kering
  • 5g jintan
  • 6 ulas bawang putih
  • 15 biji bawang merah
  • 3 inci halia
  • ¼ cawan air asam jawa
  • 15g kerisik
  • 50g santan
  • 50g Life Kicap Manis
  • 12g bawang goreng
  • ½ sudu kecil MSG
  • ½ sudu kecil garam
  • ½ sudu besar gula
Cara-cara:
  • Basuh daging terlebih dahulu.
  • Sangai jintan manis dan cili kering sehingga garing. Sangai berasingan.
  • Kisar jintan manis yang telah disangai sehingga halus.
  • Kisar cili kering yang telah disangai bersama bawang merah, bawang putih dan halia.
  • Campurkan bahan-bahan yang telah dikisar termasuk jintan manis dan gaul bersama daging sehingga sekata.
  • Masukkan MSG, garam dan gula. Perap selama 30 minit.
  • Tumis minyak bersama bunga lawang, buah pelageadan kayu manis sehingga naik bau.
  • Masukkan daging yang telah diperap dan tunggu sehingga daging empuk. Pastikan api sederhana supaya daging tidak hangus.
  • Kemudian masukkan air asam jawa dan santan dan gaul sekata.
  • Siap untuk dihidang bersama nasi.